Kamis, 17 November 2011

1 dari 3 doa Rasulullah Yang Di Tolak

 Alhamdulillah,,ini Artikel Pertama saya,,dan alhamdulillah saya menulisnya sendiri ,,yg bersumber dari majalah Media Umat ,,




Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Suatu hari Rasulullah SAW telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah SAW.
Kemudian Rasulullah SAW berdoa dengan doa yang lumayan panjang kepada Allah SWT :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah SAW pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah SWT tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah memohon kepada Allah SWT supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berkepanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah SWT.

2. Aku telah memohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh AS). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah SWT.

3. Aku telah memohon kepada Allah SWT supaya umatku tidak dibinasakan karena pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah kita akan diam saja melihatnya ?

*saran dan kritik kirim ke 083834129124 atau darul_muqomah@ymail.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar